Pengalaman Terpilih Ujian Medsi 2017/2018 (PART 1)
Sekarang saya nak cerita my road to ujian medsi kemasukan september 2017/2018.
Dulu aku ambik diploma engineering,skrang aku tak minat dah..so aku nak ambik ijazah pendidikan.Disebabkan dulu aku diploma kejuruteraan,masa apply kos pendidikan sains gagal,pendidikan jasmani gagal..banyak yang gagal.Kecuali pendidikan teknikal kat UTHM..untuk pengetahuan semua,UTHM adalah satu2nya universiti awam yang menawarkan kos pendidikan teknikal tau.
Untuk masuk pendidikan korang kena lalui ujian medsi selepas apply kos pendidikan melalui upu.Masa tuh 25 mei 2017,result untuk ujian medsi keluar..aku kelam kabut check tapi sebab ramai orang tgh check so lembat jew loading..on 26 mei 2017 aku check lagi kat portal upu..aku dapat ujian medsi kat *UUM,kedah pada 28 mei 2017 jam start ujian kul 9 pagi*...mak aiii..jauhnya kedah..aku tinggal kat kelantan..dan aku tak pernah jejak kaki ke kedah langsung!!
Tarikh medsi UUM adalah 2 hari dari tarikh aku semak..korang bayangkan sekitar minggu tuh ramai orang nak balik cuti..sbb dah nk hampir bulan puasa..so aku agak tertekan..dalam 2 hari aku nak kena pi print surat medsi dan cari tiket ke UUM kedah..Disebabkan aku ni tinggal kat pedalaman hulu kelantan..tiada bas untuk ke kedah.Aku kena pergi kota baharu untuk beli ticket bas..Perjalanan aku ke kota baharu mengambil masa selama 3 jam lebih dengan menaiki bas tranasional.
Sampai jew terminal bas kat kedai buku osman tuh terus aku cari tiket ke Kedah.Tiket dari kota bharu ke changlun,Kedah dalam rm56 lebih gitu lah..x pasti ler..yg sure bawah rm70.
Aku perempuan tau..aku pergi sorang2 jew kedah tanpa sape pun temankan.Aku lahir dari keluarga agak susah..so duit untuk ke kedah ada cukup2 untuk aku sorang jew travel..Aku x ada pilihan lain..berbekalkan google dan maps aku search awal2 cara nak sampai ke UUM.Pada masa yang sama,aku dah booking hotel menggunakan aplikasi booking.com..Kat aplikasi tu aku cari.hotel.n paling murah tpi berdekatan dengan UUM..Untuk pengetahuan,Kat depan UUM ada jew UUM hotel and resort cuma mahal la cikit..dalam rm200+ per night..itu pun ramai dah booking..ada bilik yang mewah jew tinggal..mana la aku mampu.
So aku pilih kat area changlun kedah..UUM ada kat daerah sintok..jarak changlun ke sintok dalam 20Km gitu..Aku.tinggal.kat changlun inn hotel..harga per night dalam rm70 jew.(jimat cikit..duit aku tak banyak pun)
Masa perjalanan ke kedah tu aku tawakal ajalah kat Allah..aku x ada pilihan..cuma ini jew cara untuk aku masuk pendidikan..dulu nak sangat engineering tapi sebab bila dah habis diploma..kat kawasan tempat tinggal aku mana banyak kerja kosong dalam bidang nih..Kalau ada kosong pun tak banyak..tapi yang apply.jawatan tu bnayak,yang akhirnya berpengalaman kerja dalam bidang tu jugak yang majikan ambik terima..Aku rasa hopeless..lagipun aku ni x ada kabel..maklumlah aku anak orang susah yang bercita,-cita tinggi..Aku pun try mintak kerja macam tadika gitu tapi diorang x nak ambik aku sebab klau boleh diorang nak ada diploma/ijazah pendidikan..itu syarat kementerian masa dia nak open tadika..maka aku redha..sering kali aku terpikir..ape.guna belajar 3 tahun diploma tapi bila tamat x ada pun yang nak terima..lastly,Aku guna result spm aku..aku apply kerja sebagai cashier..Masa kerja tu ada la customer tanya umur aku dan diorang tanya aku kelayakan apew?..aku cakaplah umur 21 dan diploma kejuruteraan..diorang pun tergelak kecil.."ehh..diploma?kerja macam.ni tak perlu diploma pun..budak pmr pun boleh kerja..baik awak jadi cleaner kat singapore..lgi banyak diorang bayar"..
Tak apalah..biarlah ape yang customer nak kata..aku x peduli..sebab aku dah apply banyak kerja semua x pandang aku..rela majikan ambik budak partime ijazah daripada aku yang betul2 perlukan kerja..uishh..panjang pulak aku membebel part nih..hahhaha..bkn apew,aku nak cerita nak cari kerja ikut kos yang.kita ambik tu payah..sebab tu sebelum nak ambik sesuatu kos kena kaji dulu scope kerja dan kat mana boleh apply nanti..takut dah graduated macam aku tapi kerja bidang sama x dapat.
Ok..berbalik kepada cerita ujian medsi kat kedah.Info ni berguna untuk yang nak ambik kos pendidikan kat universiti awam.So aku duduk hotel kat changlun,kedah pada 27 mei 2017..penat sungguh perjalanan dari kb ke changlun,kedah..untuk pengetahuan changlun,kedah lagi dekat kat UUM berbanding Alor star,kedah..so sape yang naik bas beli.ke changlun terus..if ada tiket direct ke sintok kedah lgi baik..sebab UUM ada kat sintok kedah tau...😉😉
Keesokannya pada 28 mei 2017.Tarikh ujian medsi kat UUM,kedah..ramai calon guru dari belah pantai timur dapat medsi kat UUM kedah..so korang yang duduk pantai timur kena berjaga2 la..jgn bila dapat terus x mau pulak..😂😂
Stakat.nie dulu aku tulis..nanti aku sambung..
Comments
Post a Comment