Cara Nak Hilangkan Muka Breakeout Teruk
Hai..lama betul aku tak post..sorry busy cikit.
Ok harini aku nak share macamna nak rawat muka yang breakout teruk..ya,aku jenis muka naik jerawat.Dah macam2 produk aku pakai tapi masih tak henti jerawat..arghh..Stress
Aku jugak tgok lah cara2 nak rawat2 muka breakout di insta,fb,Twitter..dan aku cuba.
Tapi muka aku masih tak menjadi.Jerawat makin teruk adalah.
Mula2 aku baca produk cetaphil nih bagus untuk rawat jerawat ..aku pun try guna..berbulan2 aku guna tapi jerawat masih tak ada perubahan.Aku sedih..aku tak tahan tengok muka aku buruk macam ni.
Then,aku tinggalkan cetaphil.Aku baca pulak kat facebook ramai kata himilaya neem tuh sesuai untuk rawat muka jerawat dan ramai cuba dan berkesan..Aku pun decide la nak pakai himilaya jugak..tapi muka aku masih tak ada perubahan..hari demi hari jerawat naik dan kadang2 hingga bernanah..aku sendiri pun geli tengok muka sendiri apatah lagi orang lain.
Masa tahun baru 1 januari 2018.Muka aku masih lagi berjerwat hingga bernanah lgi..dah la sakit tapi aku tahan ajalah..Kadang2 aku pikir semua sebab hormon..nanti aku dah kawin mesti muka aku cantik dengan sendiri..itu la yang aku pikir hari- hari sebab aku dah fade up..serous aku fade up.
Bila aku pergi tempat macam watson,guardian or tempat beli skincare mesti muka aku jadi tumpuan.Akk yang seller produk tuh mesti akan pergi kat aku dan cadangkan pakai produk sekian2..dia kata "try awak pakai produk nih..ramai customer yang muka macam awak guna dan menjadi..tak menyesal kalau awak cuba yang nih..yela,mesti awak tak tahan tengok muka awak berjerawat.Kak faham perasaan awak..awak pun nak cantik macam orang lain"
Serius aku sedih web dengar seller tuh cakap..macam buruk sangat muka aku nih..aku pergi la mana- mana tempat skincare mesti ade jew orang cakap macam tuh.Aku try la ikut cadangan tuh tapi muka aku masih sama..Jerawat masih naik..tapi aku buat2 tak kesah..aku penat.
Beberapa hari sebelum birthday aku 10 January 2018..aku bergurau la dengan housemate aku.Malam tuh ada pesta tahun baru..Aku hajat nak pergila beli durian.So aku x nak la melawa bagai..pakai bedak jew.
Then,housemate aku yang sorang nih kata "laa..kenapa tak melawa..kot2 pi pasar terlanggar mna2 jodoh."..aku pun cakap lah "tak nak lah..baik aku melawa atas flight nanti kot2 abg pilot sangkutπππ"..
Then dia terus cakap kat aku "muka kau tuh dah la buruk..sedarlah diri tuh cikit..tengok cermin.Kalau muka lawa macam neelopa tuh boleh lah"
Serius aku sentap.Tapi aku tak marah pun dia.Aku pun pergi la pesta tahun baru..sambil tengok langit yang penuh bunga api tuh sambil aku berfikir "buruk sangat ke muka aku??..jerawat nih dah macam2 dah aku try tapi masih tak turun2..salah aku kah?..berdosa dan hina sangat ker orang muka berjerawat nih?"Aku terus pandang langit yang indah.Maka dengan berakhirnya bunga api terus aku niat mulai tahun 2018,aku nak cantik..aku nak muka aku tak berjerawat..cukuplah orang pandang serong Sbb muka aku macam nih..cukuplah..aku juga manusia yang ada perasaan.
Then,sekali lagi aku pi kat skin care,aku nak cari produk yang mungkin menjadi untuk kulit aku..Aku nak jew pi buat treatment muka..aku ada tengok Hanna Medical Spa..pakej untuk student macam aku around RM540 untuk 3 kali facial treatment.
Aku mana ada duit banyak tuh..hidup pun pakai ptptn jee..hmm..Seorang akk yang aku jumpa kat skincare tuh suggest suruh pakai safi balqis oxywhite 2 in 1 Cleanser campur toner terus ( yang botol oren ) khas untuk muka jerawat.Then dia juga suruh aku guna gel jerawat safi balqis oxywhite tuh.Aku pun mula2 berat hati sbv menjadi ker produk murah..bagi aku kalau produk tuh branded lagi berkualiti.
Aku pun tanya la kawan baik aku.Muka dia lawa hanya amalkan safi sejak sekolah lgi..tak pernah dia tukar produk mahal lain tuh.Aku pun tiba2 teringin la nak try tapi aku risau jugak kalau tak menjadi.Akk seller tuh pun cakap tak pa..awak boleh try..Kalau tak jadi terus stop.
So,aku pun belilah.Aku start la guna..seminggu guna tak ada perubahan pun..2 minggu guna masih tak ada perubahan hingga la hampir 2 bulan lebih.Time tuh tengah cuti semester.Aku amalkan lagi produk safi oxywhite kat umah la pulak.
Kat rumah,abang aku tegur muka aku asyik berjerawat.Bila nak sembuh?Then,mak aku pun tegur jugak sampai bila muka nak macam nih..saya dah umur 22 tahun..Jerawat dari tingkatan 5 lagi tak turun2..mak tak tahan tengok jerawat tuh..
Then,aku sedih giler.Duduk universiti kawan2 kata pasal muka aku yang hodoh nih.Balik cuti semester kat umah,Family sendiri pulak tegur.Aku stress..stress..stress..
Then,aku wassap kawan laki aku.Aku kawan dengan dia dari tingkatan 4 hingga la sekarang di fakulti yang sama di universiti yang sama.Aku rasa dia yang boleh faham aku.Aku kata muka aku jerawat penuh..hodoh.Aku stress..
Kawan baik aku nih suruh la aku rajin basuh muka..rajin minum air masak banyak2.Dia tak geli pun muka aku berjerawat.Muka kawan laki aku nih flawless..dah la hensem dengan bulu mata lentik.Aku jeles pulak.Aku bagitau dia macamna kalau aku makeup?..tutup jerawat.Makeup akan buatkan aku nampak cantik..Dia kata jangan.Jaga muka nanti boleh bagi affect kat kulit kalau banyak letak makeup.So aku pun fikirlah baik2..aku tanya dia kalau aku cucuk atau buat treatment macammana pendapat dia?..Dia kata jangan..tak payah..jaga muka secara semulajadi lagi tahan lama.Lagi sekali aku fikir..hmm..betul jugak tuh.
So aku berdekad nak ubah muka aku.Kawan2 yang ejek muka aku berjerawat aku jadikan sebagai pembakar semangat aku untuk sentiasa tak give up jaga muka.Tambahan,dorongan dari kawan laki aku nih untuk pilih cara sihat untuk jaga muka.ohh..ya,kawan laki aku nih masih single lagi tau..aku pun tak tau kenapa dia single..bila tanya katanya,belum bersedia.πππ..ok fine.Aku pun single tapi kami kawan baik boleh jew..huhuhu..
So,pagi2 aku basuh muka dengan safi oxywhite Cleanser + toner( Rm17 lebih)tapi best pakai sebab dia campur toner so semua jew muka bila bilas air.
Then,aku letak gel jerawat safi oxywhite pulak atas jerawat dan parut2 jerawat.Aku ulang lah pakai macam nih..hari demi hari.Dan hampir 2 bulan ,aku nampak perubahan..Seperti yang kawan laki Aku cakap minum air banya,jangan beragan banyak dan basuh muka guna air sahaja untuk cuci muka dari habuk luar.Aku buatlah..aku jadilah amalan hari2.Then,aku banyak makan oren,epal dgn carrot.Tekad aku tinggi..so aku kena usaha dan usaha.
Then,bila buat macamni aku tengok jerawat dah start kurang naik..terutama pada pipi dgn dahi..jerawat yang masih berkampung lebih tertumpu di bahagia bibir hingga dagu.Then,aku sapu bio oil.Bio Oil nih bagus untuk rawat parut jerawat..so Aku pakai lah.
Then,aku pakai cosmodern Oil Tree Tea Purifying Mask.
Aku sapu la kat muka sebelum tidor dan alhamdulillah ..makin kurang kesah jerawat..aku gembira..nanti aku share gambar aku bermula dari awal hingga la harini 10 February 2018.Tarikh aku tulis post nih..ππππππππ
Tengok nih muka kau minggu lepas :
Nih gambar aku pagi nih.Kira oklah daripada tengok muka aku yang minggu lepas.Atas tuh semua gambar minggu lepas..harini start ok dah bila aku amalkan semua yang kat atas tuh.Tengok lah sendiri..makin kurang jerawat dan parut pun.Dah tak merah2 macam gunung berapi dah.Alhamdulillah..
Akak, nak tanya.. Produk safi tuu untuk kulit berminyak boleh kerr??
ReplyDelete